Masjid As Syakirin

Bandar Mahkota, Cheras

0

JUMLAH KAPASITI JEMAAH

RM 0

DANA PENAMBAHBAIKAN

Pengenalan

Surau As Syakirin telah mula beroperasi sejak lebih kurang 20 tahun yang lalu. Semakin hari berganjak, semakin ramai penduduk yang menetap di sekitar Bandar Mahkota, Cheras. Menurut pengerusi, surau kecil yang sekarang hanya mampu memuatkan 1,300 jemaah. Surau ini juga menjadi tumpuan untuk solat Jumaat. Namun, surau ini tidak mampu memuatkan anggaran 2,000 jemaah ketika hari Jumaat. Segelintir jemaah terpaksa solat di tar jalan dan berpanasan dek kerana ruang solat yang padat. Penambahbaikan yang kecil telah dibuat iaitu mendirikan bumbung untuk jemaah di luar namun jemaah tersebut masih tidak mendapat keselesaan yang maksima sepertimana jemaah yang berada dalam ruang solat surau. Oleh itu, ahli jawatankuasa surau mencadangkan untuk menambahbaik ruangan dan fasiliti surau di mana keluasan ruang solat dalam surau akan dibesarkan kepada 2320 meter per segi. Beberapa fasiliti yang dicadangkan ialah tempat letak kereta dan motosikal, dewan serbaguna, kuarters, asrama, gerai dan lain-lain.

Pelan Tapak

Perspektif Kesuluruhan

Perspektif Luaran

Lakaran 3D

Jawatankuasa Penajaan Pembinaan Masjid 2025-2028

Jurucakap Masjid

PU Amin

Da'i Hakim

Ustaz Wan Mohd Jeffri

Sumbangan

Program TV Al Hijrah

Assalamualaikum Dhuha | Assalamualaikum Subuh

Assalamualaikum Subuh : Kehebatan Doa Iftitah

Doa yang penuh keistimewaan ini sering kali menjadi penyuluh jalan bagi mereka yang mencari keberkatan dalam hidup. Mari kita pelajari bersama bagaimana doa ini boleh mendekatkan kita dengan Allah SWT dan memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Klik gambar sebelah untuk Saksikan video penuh penerangan Dai Hakim pada 14 November 2025

Assalamualaikum Dhuha : Berdebat

Bagaimana cara berdebat dengan hikmah dalam kehidupan seharian, mengikut panduan Islam.

Klik gambar sebelah untuk Saksikan video penuh penerangan Ustaz Wan Mohd Jeffri pada 11 November 2025

Assalamualaikum Subuh : Waktu Mustajab

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
Allah S.W.T telah bagi kita bermacam-macam ruang dan peluang untuk mendapatkan doa yang mustajab, cuma tinggal kitalah kena belajar dan merebut masa-masa tersebut.
 

Klik gambar sebelah untuk Saksikan video penuh penerangan Dai Hakim pada 7 November 2025

Assalamualaikum Dhuha : Kata-kata Dusta

Kadang lidah lembut berbicara, tapi di sebaliknya terselit dusta yang menyakitkan.”
 

Klik gambar sebelah untuk Saksikan video penuh penerangan PU Amin pada 4 November 2025

Program TV Al Hijrah

Tanyalah Ustaz

TANYALAH USTAZ 2025 : RAHSIA DALAM RUMAH

Di balik kehangatan dan keakraban keluarga, tersembunyi rahsia besar yang menentukan jatuh bangunnya maruah iaitu bagaimana kita mengurus batas, bicara, dan pandangan dalam rumah sendiri. Islam memberi panduan dalam menguruskan isu-isu halus yang sering terabai seperti cara berkomunikasi yang sopan antara ahli keluarga, pemilihan pakaian yang menutup aurat meskipun di ruang peribadi, serta pengasingan tempat tidur yang membina rasa malu dan harga diri sejak kecil. Dalam Islam, pendidikan seksualiti bukan tabu, tetapi amanah mendidik anak ketika mencapai usia baligh agar memahami fitrah dan mengawalnya dengan iman. Malu menjadi benteng, dan menundukkan pandangan menjadi kawalan diri yang menzahirkan taqwa. Setiap aib yang berlaku dalam rumah, wajar kekal dijaga sebagai rahsia, kerana di situlah kehormatan keluarga dipelihara. Rumah yang berkat bukan hanya yang tenang, tetapi yang rahsianya dijaga dengan disiplin, malu, dan iman.

Klik gambar sebelah untuk Saksikan video penuh penerangan Ustaz Amirul Amin sebagai panel pada 10 November 2025

TANYALAH USTAZ 2025 : BAHAGIA DENGAN MEMBERI

Sedekah bukan sekadar amal sosial, tetapi sarana menyuburkan hati dengan kepuasan dan ketenangan dalaman. Memberi mengajar manusia erti empati dan kepedulian, di mana manfaatnya bukan hanya dirasai oleh penerima, tetapi juga memberi hikmah kepada pemberi melalui pahala yang terus mengalir dan jiwa yang lebih lapang. Dalam konteks masyarakat, budaya memberi dapat memperkukuh solidariti, mengurangkan jurang sosial, dan menyemai nilai kerjasama serta kepedulian antara individu
 
Ketenangan diri yang lahir daripada amalan memberi menekankan bahawa kebahagiaan sebenar bukan terletak pada harta yang dimiliki, tetapi pada kemampuan untuk meringankan beban orang lain sambil memurnikan hati. Dengan itu, sedekah menjadi jambatan untuk kesejahteraan diri dan keseimbangan masyarakat secara keseluruhan.
 

Klik gambar sebelah untuk Saksikan video penuh penerangan Ustaz Amirul Amin sebagai panel pada 3 November 2025

TANYALAH USTAZ 2025 : KEINDAHAN MENJAGA FITRAH

Fitrah adalah kesucian asal yang Allah berikan kepada setiap manusia – dorongan untuk beriman, menjaga maruah, dan hidup dengan akhlak yang baik. Namun, dunia moden mencabar fitrah ini dengan pelbagai ideologi dan gaya hidup: budaya LGBT yang mengubah identiti, feminisme ekstrem yang melawan peranan semula jadi, hedonisme yang menenggelamkan nilai, serta media sosial yang sering mengangkat hiburan melampau sebagai norma.
 
“Keindahan Menjaga Fitrah” mengingatkan kita bahawa aurat bukan sekadar pakaian, tetapi lambang maruah; bahawa ibu bapa punya tanggungjawab besar dalam mendidik; bahawa masyarakat perlu menyediakan persekitaran yang sihat untuk remaja. Fitrah yang terpelihara akan melahirkan jiwa yang tenang, keluarga yang bahagia, dan masyarakat yang seimbang. Inilah kecantikan sebenar – apabila manusia kembali kepada fitrah Islam yang asli, mereka akan menemui kemuliaan hidup di dunia dan keselamatan di akhirat.
 

Klik gambar sebelah untuk Saksikan video penuh penerangan Ustaz Amirul Amin sebagai panel pada 27 Oktober 2025

Lokasi Kompleks & Maklumat Lanjut

Kompleks Masjid As-Syakirin BMC Jalan Putera 6/1, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor

019 - 3539140 (Tn Haji Ahmad Yusof)

Scroll to Top