Kompleks Masjid As Syakirin

Bandar Mahkota, Cheras

Pengenalan

Surau As Syakirin telah mula beroperasi sejak lebih kurang 20 tahun yang lalu. Semakin hari berganjak, semakin ramai penduduk yang menetap di sekitar Bandar Mahkota, Cheras. Menurut pengerusi, surau kecil yang sekarang hanya mampu memuatkan 1,300 jemaah. Surau ini juga menjadi tumpuan untuk solat Jumaat. Namun, surau ini tidak mampu memuatkan anggaran 2,000 jemaah ketika hari Jumaat. Segelintir jemaah terpaksa solat di tar jalan dan berpanasan dek kerana ruang solat yang padat. Penambahbaikan yang kecil telah dibuat iaitu mendirikan bumbung untuk jemaah di luar namun jemaah tersebut masih tidak mendapat keselesaan yang maksima sepertimana jemaah yang berada dalam ruang solat surau. Oleh itu, ahli jawatankuasa surau mencadangkan untuk menambahbaik ruangan dan fasiliti surau di mana keluasan ruang solat dalam surau akan dibesarkan kepada 2320 meter per segi. Beberapa fasiliti yang dicadangkan ialah tempat letak kereta dan motosikal, dewan serbaguna, kuarters, asrama, gerai dan lain-lain.

Jumlah Kapisiti Jemaah

selepas dinaik taraf
0

Dana Penambahbaikan

ringgit Malaysia
0

Video 3D Masjid

Pelan Tapak

Perspektif Keseluruhan

Perspektif Luaran

Lakaran 3D

Jurucakap Masjid As Syakirin

PU Amin

Da'i Hakim

Ustaz Wan Mohd Jeffri

Jawatankuasa Penajaan Pembinaan Masjid 2025-2028

Sumbangan

Sumbang ke tabung pembinaan Kompleks Masjid As Syakirin dengan mengimbas QR DuitNow atau nombor akaun Maybank di bawah:

Program TV Al Hijrah

Assalamualaikum Dhuha

Assalamualaikum Dhuha : Kata-Kata Suatu Doa

Perkataan adalah pancaran hati dan cerminan akal. Dalam Islam, setiap ucapan bukan sekadar luahan emosi malah bisa menjadi doa. Sabda Nabi SAW: “Janganlah kalian mendoakan keburukan terhadap diri kalian, anak-anak kalian, atau harta kalian, kerana boleh jadi bertepatan dengan waktu mustajab doa.” (HR Muslim)

Saksikan video penuh penerangan PU Amin pada 24 Disember 2024.

Assalamualaikum Dhuha : Didik Anak-Anak Berbicara

Perkataan yang pertama kali dipelajari seorang anak akan membentuk caranya berfikir dan menilai dunia. Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah berkata yang baik atau diam.” (HR Bukhari & Muslim)

Mendidik anak berbicara bukan sekadar mengajar menyebut, tetapi membimbing hati mereka agar terbiasa dengan tutur yang benar, lembut dan beradab sejak dari rumah.

Saksikan video penuh penerangan PU Amin pada 16 Disember 2024.

Assalamualaikum Dhuha : Kewajipan Tutup Aib Pasangan

Rumah tangga bukan gelanggang membuka kelemahan, tetapi medan saling menutup kekurangan. Sabda Nabi SAW: “Siapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan tutup aibnya di dunia dan akhirat.” (HR Muslim)

Pasangan bukan untuk dihukum dengan lidah, tetapi disantuni dengan rahmat dan perlindungan. Menyebar aib pasangan bukan tanda keberanian tetapi petanda hilangnya amanah cinta.

Saksikan video penuh penerangan PU Amin pada 9 Disember 2024.

Assalamualaikum Dhuha : Bencana Lidah (Sumpah Laknat)

Perkataan Mubahalah (مباهلة) berasal daripada kata bahlah atau buhlah (بهلة) yang bererti doa yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kutukan kepada lawan yang membangkang. Imbuhan Mubahalah menunjukkan wujudnya dua pihak yang saling melakukan perkara yang sama, dalam kes ini saling berdoa kepada Tuhan untuk menjatuhkan laknat kepada pihak yang mengingkari kebenaran.

Saksikan video penuh penerangan Ustaz Wan pada 20 Februari 2024.

Assalamualaikum Dhuha : Merendah-rendahkan
 
Al-Sikhriyyah itu bermaksud menghina keaiban ataupun kekurangan orang dengan mentertawakan, mempersendakan, memperkatakan, atau meniru perbuatannya dengan isyarat.
 
Saksikan video penuh penerangan Ustaz Wan pada 13 Februari 2024.
Assalamualaikum Dhuha : Celaka Pengadu Domba
 
Cara-cara untuk mengelakkan diri daripada orang namimah:
a. Hendaklah menolak perkataannya, kerana mereka ini orang fasik.
b. Mencegah, menasihati dan mencela perbuatannya.
c. Membencinya kerana Allah.
d. Tidak berprasangka buruk kepada mangsa pelaku namimah.
e. Tidak mencari aib saudaranya kerana namimah yang didengar.
f. Jangan ikut melakukan namimah, sedangkan diri sendiri yang melarang.
 
Saksikan video penuh penerangan Ustaz Wan pada 6 Februari 2024.

Assalamualaikum Dhuha : Enak kah Memakan Daging Saudara Seislam?

Dalam Surah Al-Hujurat ayat 12 menyatakan bahawa betapa jijiknya perbuatan mengumpat di sisi Allah SWT sehingga diumpamakan seperti memakan darah daging orang yang telah mati. Namun, terdapat beberapa umpatan yang dibenarkan seperti untuk tujuan membuat aduan ketika dizalimi kepada sultan/hakim dan sebagainya.

Saksikan video penuh penerangan Ustaz Wan pada 23 Januari 2024.

Assalamualaikum Dhuha : Bencana Lidah (Tabiat Berbohong)

Kesan berbohong terhadap diri, keluarga & masyarakat:

  • Salah satu ciri munafik
  • Hilang kepercayaan orang terdekat
  • Susah memiliki kawan yang ikhlas

Saksikan video penuh penerangan Ustaz Wan pada 9 Januari 2024.

Assalamualaikum Dhuha : Bencana Lidah (Jaga Tutur Kata)

Antara adab berkomunikasi:

  1. Hendaklah berbicara sesuai dengan keadaan
  2. Berbicara yang baik atau diam
  3. Melatih diri untuk menjadi pendengar dan tidak mendominasi situasi 
  4. Hindari hal-hal yang tidak jelas
  5. Menjaga rahsia meskipun tidak diminta untuk merahsiakan
  6. Tinggalkan perdebatan apabila seseorang tersinggung
  7. Berusaha memberi perhatian kepada rakan yang sedang berbicara
  8. Perkara yang boleh membuat orang lain terasa jangan dilanjutkan

Saksikan video penuh penerangan Ustaz Wan pada 2 Januari 2024.

Assalamualaikum Subuh

Assalamualaikum Subuh : ZIKRULLAH INGAT MATI

Dalam Al-Quran, Allah mengingatkan setiap muslim agar sentiasa memperbanyakkan zikir memperingatiNya.
Setiap tindak tanduk muslim yang diiringi dengan rasa diperhatikan oleh Allah akan menghasilkan individu yang berkualiti.
 

Saksikan video penuh penerangan PU Amin pada 27 Jun 2025.

Assalamualaikum Subuh : ISTIGHFAR YANG SEBENAR

Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang berusaha untuk melazimi istighfar.
Amalan istighfar akan menurunkan Rahmat Allah SWT , memudahkan urusan kita semua & diberi keselamatan dunia dan akhirat.
 

Saksikan video penuh penerangan Dai Hakim pada 20 Jun 2025.

Assalamualaikum Subuh : KEMBALI DENGAN TAUBAT

Taubat bukan sekadar mengucapkan kata-kata, tetapi satu perubahan hati yang ikhlas. Allah berfirman: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, 3:133)

Setiap jiwa yang merasakan dosa adalah peluang untuk kembali kepada-Nya dengan taubat yang sebenar. Tiada yang lebih indah daripada langkah pertama kita untuk kembali ke jalan yang benar.

Saksikan video penuh penerangan DAI HAKIM pada 13 Jun 2025.

Assalamualaikum Subuh : MAKANAN HATI

bnu Qayyim berkata matinya hati ialah orang yang tidak mengenali tuhan-Nya, tidak beribadat kepada-Nya & taat perintah-Nya. Begitu juga apa yang Allah SWT suka & reda dia tidak laksanakannya.
Sebaliknya, dia tenggelam bersama nafsu & kelazatannya yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
 

Saksikan video penuh penerangan DAI HAKIM pada 6 Jun 2025.

Assalamualaikum Subuh : Tertipu dengan Harta

Cara dan kaedah iblis memperdayakan orang yang berharta:
a. Aspek mencari harta
b. Aspek kebakhilan
c. Aspek orang yang banyak harta
d. Aspek membelanjakan harta

Saksikan video penuh penerangan Ustaz Naim pada 16 Februari 2024.

Assalamualaikum Subuh : Tertipu Keutamaan dalam Ibadah

Tips yang perlu dipertimbangkan mengikut keutamaan dalam agama ialah:
a) Mendahulukan perkara yang fardu dalam syarak
b) Mengambilkira keperluan semasa atau tempat
c) Mengutamakan keperluan atau manfaat bersama umat

Saksikan video penuh penerangan Ustaz Naim pada 9 Februari 2024.

Assalamualaikum Subuh : Berilmu tapi Tidak Beramal?

“Janganlah engkau jadi orang yang muflis (bankrupt) pada amalnya dan janganlah engkau jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah, dan yakinlah bahawasanya semata-mata ilmu itu belum dapat menjamin keselamatanmu di akhirat kelak.” -Imam al-Ghazali
 

Saksikan video penuh penerangan Ustaz Naim pada 2 Februari 2024.

Assalamualaikum Subuh : Sombong dan Bangga dengan Keturunan

“Allah lebih mengetahui hal kamu, di kala dia jadikan kamu daripada tanah dan di kala kamu masih anak dalam perut ibu kamu; kerana itu janganlah mengatakan diri kamu suci (memuji diri); (kerana) Dia (Allah) lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.”
 
(Surah An-Najm, ayat 32)
 

Saksikan video penuh penerangan Ustaz Naim pada 26 Januari 2024.

Assalamualaikum Subuh : Permainkan Azab Allah SWT

“Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok- olok dan mengejeknya?” Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman.”

(Surah At-Taubah, ayat 65-66)

 

Saksikan video penuh penerangan Ustaz Naim pada 19 Januari 2024.

Assalamualaikum Subuh : Buruk Sangka Terhadap Ulama

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Mereka menghina/memperendahkan amalan kamu (konon amalan mereka benar), mereka memerangi umat Islam, maka apabila mereka keluar perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka.”

[HR Ahmad, 5562]

 

Saksikan video penuh penerangan Ustaz Naim pada 12 Januari 2024.

Assalamualaikum Subuh : Terlihat ‘Zuhud’

Zuhud bermaksud orang yang merendah hati dalam segala apa yang dia miliki di atas dunia.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada batang tubuh kalian, tidak juga rupa paras kalian, tetapi Allah melihat kepada jantung hati kalian.”

[HR Muslim, 2564]

Saksikan video penuh penerangan Ustaz Naim pada 5 Januari 2024.

Scroll to Top